Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 30, 2010

penatnya...


hurm... penat la dengan semua benda... penat nak belajar, penat nak layan kerenah orang yang tak faham2 signal orang bagi, penat nak fikir masalah masalah hidup nie.... Solution nya da terus keje boley, tak nak jadi hidung tak mancung pipi tersorong sorong da, tak nak fikir semua bende boley... Boley ke ye???


hurm, apa ea kena buat nak hilangkan semua semua masalah dalam kepala nie.. Kalau la dapat jadi baby balik kan best... eh, bukan, kanak kanak la.. zaman tadika.. kalau baby nak cakap tak pandai lagi... hehehhe


em, tadi keluar lepak lepak makan dengan budak budak rowing... Siti, syida, odie, syam, nabil, fiq... Best juga duduk lepak lepak nie.. heheeh perasan macam dah abis exam dah...


Apsal ea, skrang nie kerap je sakit kpala.. Aduh.. Kacau betul kan.. nak kata banyak study, takde la pun.. banyak melangut je... faham ke melangut tu apa... hehehehe..


tak tau nak membebel apa dah nie sebenarnya.. hahahaahah

sindrom orang tak betul time nak exam.. boley plak kan, skrang nie dok asyik layan movie plak...memang gila la...


Monday, April 26, 2010

TIME REALLY PRECIOUS...

masa yang telah lari meninggalkan aku...
hahahaahahah... tetibe je meroyan nie pehal... Cuba tgk entry nie tjuk pe?.. TIME REALLY PRECIOUS.. kononnya la, tapi tengok la diriku ini, pe nak jadi nie.. boley lagi nak mencoret tah pahape je nie...

Sedey betul la sem nie.. apsal la study tak dapat focus.. nie nak exam rabu n khamis nie, tak habis lagi baca...........Gila, paper BBT304, plant tissue culture, de 20 chapter, banyak lagi tak habis..
PGT316, Chemistry teaching method, pun tak sentuh lagi.. paper education nie la nak bantu pun cik aida oiii... Sila lah sedar diri.. Rumate cakap, dia baca 2chapter pun lambat nak abis, aku nie cane??

bukan taknak study kimia nie, tapi rasa macam BBT nie terlalu banyak, tgh hari tadi YM dengan k.has, exrumate ku... dia bg la tips2 sket, pastu dia challange aku dia bagi soalan, aku jawab dalam masa sejam.. Ya Allah, banyak aku taktau lagi.. tu yang macam gila risau dekat BBT... Even kimia nie A- da dalam tangan 50%... Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini...



Semalam aku ym dengan sorang ustaz nie.. kawan sekolah rendah aku, dia blajar kat Kolej Universiti Insaniah, U yang memang tawar cos agama la kat kedah.. Dia amik cos Alquran dan tahfiz klu tak salah.. Jadi dah kebetulan tu, teringat plak nak tanya kat dia.. Ada ke doa2 yang dapat aku amalkan supaya aku tak malas dan senang faham.. ye la sem nie ,malas tahap cipan, (ayat zaman sekolah dulu)hahhaha

Terima kasih kepada beliau kerana mengingatkan diri ini untuk baca mathurat... Ustaz yang sempoi.. Dah lama tak terserempak dengan dia ni, last tahun 2000, nama jee dok 1 taman... hahahaha..


Ok, sila tutup blog n sambung study..




Sunday, April 25, 2010

Musuh...

Alkisahnya.. di zaman dulu kala....

satu cerita tentang seorang datuk dan cucunya. Datuk dan cucunya itu berjalan-jalan bersama-sama dengan seekor keldai. Pada mulanya cucunya duduk di atas keldai dan datuknya berjalan kaki. Apabila orang ramai tengok keadaan tersebut, semua orang berkata bahawa cucunya langsung tidak kesian pada datuknya yang berjalan kaki tetapi dia sendiri berada di atas keldai. Apabila mereka mendengar apa orang ramai katakan, maka cucu tersebut menyuruh datuknya pula yang berada di atas keldai dan cucunya pula berjalan kaki. Apabila orang ramai nampak, semua orang mengata pula pada datuknya. Sampai hati seorang datuk membiarkan cucunya berjalan kaki dan dia pula berada di atas keldai. Sekali lagi mereka mendengar apa yang orang kata. Maka kedua-dua datuk dan cucu tersebut membiarkan keldai tersebut berjalan tanpa membawa sebarang muatan. Lagi sekali apabila orang melihat keadaan tersebut, mereka berkata kenapalah dibiarkan keldai tersebut berjalan-jalan tanpa membawa sebarang muatan.

Apakah kesimpulan dari cerita ini? Kesimpulannya ialah apa yang kita lakukan selama ini tidak pernah betul di mata semua orang. Jika kita sentiasa ambil peduli apa yang orang kata maka kita sampai bila pun tidak boleh berjaya. Salah satu musuh kejayaan adalah perasaan TAKUT, "takut apa orang kata". Untuk membina kejayaan di dalam hidup maka kita mesti mempunyai keberanian. Hanya orang yang berani sahaja yang akan menempa kejayaan.

Musuh kejayaan yang seterusnya ialah sikap cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Cukuplah apa yang ada sekarang...buat apa nak susah-susah lagi. Seorang pelajar seharusnya tidak mempunyai sikap tersebut. Cukuplah...lulus dahlah...buat apa nak belajar teruk-teruk. Untuk berjaya di dalam hidup kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapat yang terbaik.

Musuh kejayaan yang ketiga ialah sikap suka bertangguh. Bertangguh untuk melakukan sesuatu akan menyebabkan seseorang itu sentiasa rugi dan akan ketinggalan. Hanya orang yang cepat merebut peluang sahaja yang akan berjaya.

Musuh seterusnya ialah sikap suka menyalahkan orang lain. Apabila kita gagal melakukan sesuatu atau gagal mendapat sesuatu maka kita akan menyalahkan orang lain. Sepatutnya apabila kita gagal kita akan terus berusaha sehingggalah kita mendapat kejayaan yang sepatutnya.

Musuh terakhir yang patut kita atasinya ialah suka membuat perbandingan dengan orang lain. Orang lain berjaya sebab mereka pandai, kita tidak pandai maka kita gagal. Jika ada pelajar yang mempunyai tanggapan begini eloklah dibuang jauh-jauh anggapan buruk tersebut. Orang yang berjaya ialah orang yang membuat perbandingan yang baik dengan orang lain bukan perbandingan yang buruk. Kita patut melihatkan kejayaan orang lain sebagai perbandingan untuk mendapat kejayaan yang lebih baik.

Wednesday, April 21, 2010

??????

Cinta kasih dan sayang..
Apakah yang perlu kupilih...
Adakah sayang yang menjamin bahagia..
Adakah kasih  yang mengenggam setia..
Atau cinta yang yang didamba jiwa...
Atau mungkinkah bukan ini yang ku cari, tika saat dan masa ini...

Telah kau buktikan untukku
Cinta, kasih dan sayangmu
Walau tidak pernah bermain dibibirmu
Walau bukan itu yang kupinta mulanya
Kesungguhanmu telah membuka pintu hati ini

Cinta, ku akui bukan harta yang kucari
Tidak jua kekayaan yang diingini
Ku hanya inginkan bahagia bersamamu
Gembira bersamamu meneruskan kisah ini
Yang ku impikan selama ini

Kasih, andai kita ditakdirkan bersama,
Ku panjatkan doa pada Yang Kuasa
Satukanlah Cinta Kasih dan Sayang
Dalam hatikmu dan hatiku
Demi masa depan yang sempurna

Sayang, andai ini bukan jalan kita
Ku berserah pada Yang Maha Esa
Teruskanlah perjuanganmu mencari erti hidup
Usah kau berhenti di saat itu, berjuanglah demi hatiku
Demi masa depan yang belum tentu tiba

Andai itu yang terjadi
Akanku sentiasa menyayangimu
Ku redha, pasrah melaluinya
Walau kita tidak lagi bersama
Jiwaku akan sentiasa bersamamu
Hingga hujung nafasku....

Tuesday, April 20, 2010

rowing oo rowing

Nie la contoh orang yang takde kerje.. mentang mentang baru abis 1 paper, berlagak macam abis da sume paper... TAk sedar diri betul.. hahahaha konon cam masa terlebih je aku nie...

mesti korung tak tau kan rowing nie sukan apa..meh nak bagi intro sikit.. Rowing ni watersport. klu orang yang memang tak tau, dorang akan cakap rowing nie sama dengan kayak.. tidak tidak. pantang betul dengar orang samakan rowing nie dengan kayak.. jauh bebenor.. rowing nie sukan yang memerlukan kerjasama kumpulan. ada kategori lelaki dan perempuan.  dalam ketegori nie pula, ada kategori boatnya pula.. ada boat 4+, 4-. dengan boat 8+..rowing nie, uniknya bila kita row, kita akan row ke belakang.. hurm, menarik kan.. Rowing nie dekat Malaysia, tak establish sangat, tapi dekat luar negara, sangat terkenal la juga.. Universiti Oxford n cambridge selalu wat friendly match. bawah nie gambar gambar boat yan dimaksudkan. 

boat 4- perempuan

8+ lelaki  (yang kat sbelah kanan nie panggil coxer, jurupandu arah)

4+ perempuan(boat nie gerak reverse, coxer je tau da kt ne)
 kalau fikir - fikir, sem nie aku rajin pula pergi training.. bukan apa, dah petang - petang takde class, jadi dari terperuk memerap kat bilik time kul 6sampai tujuh tu, baik aku pegi keluarkan peluh.. baru badan rasa best sikit.. segar sikit.. Lagipun abis exam nie dah ada game dah... Kesian team ktorg.. unit sukan janji nak beli boat, VC da luluskan da budget, tp sampai skrg, dekat satu tahun dah pun, tak nampak nye lagi boatnya.. tensen betul.. Dari aritu lagi dok dengar tengah dok betulkan MOU. Betulkan mende da lama dah nie.. cam tak nak bagi kitorang main je.. Dah tu, sem nie lansung tak turun boat training kat gombak.. Kalau sem sem sebelum nie, dalam satu sem tu, ada la dua kali turun Gombak, sebab nak train budak2 baru.. Tapi sem nie, aisyhh,, sadis betul la.. Dah tu, hasilnya sem nie MASUM ramai yang tak dapat main.. Pastu, budak2 baru pun cam chipsmore je, kejap datang, kejap tak datang... Camne aku nk jadi kapten camnie sem depan kalau budak2 pun tak bagi komitmen.. Rugi masa aku je nanti.. huhuuh

team ktorg game lepas

hikhihi.. model sambilan, nie gambar abg cameraman UTM amik,msuk page UTM

hohoho.. aku dalam boat, time training..

Tangisan kegembiraan Uncle(Coach), tak sangka boat ktorg menang

budak2 rowing suka wt adegan cmnie.. heheheh

keberangkatan nk masuk boat.. hehehe

Kena pikir nie camne nak rekrut budak2 baru sidang depan.. hurm, keje aku la tu... wahhhhh, tidak.. tengok la, kalau uncle bagi, nak suggest, buka kaunter nanti.. Cari orang baru, tapi tu la, nanti ramai je daftar, tengah2 sem, tinggal berapa orang je nanti.... ADEESSSS.. nama je intake APEX dorang nie, tapi komitmen lagi hancus kot.. hahahahah, sesuka ati je kutuk first year skrang.. heheheh

abes game, terbongkang tido, camnie r budak USM penat ooo, 4K row..dalam msa 8minit lebey u 2K

hikhihi.. nie msa training, tggu turn boat.. mcm2 la baring2 la, tido la, main kad la

nie kapten perempuan sem nie..Siti

nie training kt Club TAsik putrajaya(tgh tuggu turn boat lg)

lagi..
nie la team aku masa International varsity boat race sem lepas...


Banyak gila gambar aku upload.. hehehehe enjoy it... =)

Sunday, April 18, 2010

TUISYEN

Hari ni sepatutnya ada tusyen pukul 8 - 930 malam.. Tengah ari tadi Sumanthy(org y jaga tusyen 2) dia meseg tanya boley tak buat class pukul 6-730.. Aku fikir punya fikir setuju la.. Pastu tadi dalam 5.30 camtu, aku siap - siap la nak pegi tusyen tu dengan semangat yang membara nak bagi ilmu nie.. ye ye je.. Aku dah sampai dekat motor dah nie, tetibe bunyi mesej, mula ingat nak biar je, nanti baca, tapi tegerak hati nak baca.. so, aku pun bacala.. Alih2, skali suman mesej, dia cakap "syuhada, clas as usual at 8-9.30..mak aimi call saya kata dia kat seberang..macam2, sory ye"  Dalam hati time tu, dah baran da nie.. aisyhh.. aku punya la siap tido tadi, sepaptutnya nak study, tapi sebab aku tak cukup tido malam semalam, stay up sampai kul 630 dengan rumate, pastu tido jap, kul930 ada meeting dengan budak2 rowing.. Jadi aku ambil keputusan nak tido jap petang nie sebab takut mengantuk time bawa moto japg nak pegi kat situ..

 Bagi aku takde la jauh tempat tu, dalam 15minit je nak sampai.. Tapi pelik gak, ada la ayat berbunyi begini"wah, jauh tu" hurm, bagi aku biasa je kot, maybe sebab aku dah biasa dah bawa moto nie, dari peneng ke alor star pun da biasa, kalau dekat rumah, kadang2 aku pegi umah tok aku naik moto dalam 45 minit juga la.. So, bagi aku aku consider tempat tusyen tu dekat. heheheh

Hurm, kembali pada jalan cerita tadi, hehehe aimi nie, nama budak tusyen tu, pandai sebeanrnya, dulu dia MRSM Taiping, tapi masuk tahun nie dia keluar, sempat la aku borak2 dengan dia, kenapa keluar, dia cakap homesick... Sayang kan, dah ada peluang, tapi biarkan camtu je.. Aku pun sebenarnya keluaran MRSM gak.. MRSM Langkawi.. tu yang aku cakap agak rugi la.. takpe la, dia pilih jalan macam tu. Aku dengan dia, aku buat macam kawan - kawan je, takde la nak skema ke apa.. Penah dia crita kat aku, cikgu skolah dia merajuk dengan class dorang, taknak ajar, pastu suruh dorang present sume topic tu.. Kesnya sebab dorang dapt keputusan test teruk.. Nak tergelak pun ada time tu.. Jangan nanti aku jadi camtu da la...
Ye la, aku nie bakal cikgu kan.. Cikgu Bio dan cikgu kimia.. Harap2 aku dapat jadi seorang guru yabg dihormati oleh pelajar, bukan ditakuti. Supaya aku dapat mendidik dorang nie jadi bakal - bakal ahli profesional kat negara kita nie.. Amin..


itulah repekan dari aku masa nak tunggu kelas kul 8 malam nie pulak.. isyh, bukan nak study, nak study, tapi da mind set kat laen and sedikit bebal aku penat2 siap. tak jadi.. hahahahah

WAKE UP!!!

Tadi pegi tengok carry mark untuk Paper Bio teaching Method dengan Plant tissue culture.. Bio teaching method, alhamdulillah dapat ok.. tinggal nak jawab final je.. 50% da ada dalam tangan.. jadi sila lah sayangkan diri sendiri dengan study..... Kena study biar dapat A juga paper nie.. kalau tak, sia - sia je la usaha selama nie sepanjang sem dok siapkan assigment tiap tiap minggu.. Jangan nanti ada perkatan "kalau la aku....."

Paper BBT plak, sedey sedey dan sedey... Apsal la tak ley nak wat betul - betul.. ramai je dapat 8 and above dari 10 %.. Dapat berapa je... tak sedar sedar diri lagi... Dah la test satu pun dapat teruk, test 2 camnie juga... Aisyhhh.. apa nak jadi nie.. Tapi padan la muka aku pun, test 2 aritu memang tak boley jawab pun..
tak nak jadi cam kucing nie...
Jadi silalah study sekarang.. Jangan nanti menyesal tak sudah.. Bangun bangun dan sedar diri.. Exam esok lusa je dah nie.. Jangan nak mengada - ngada mesej la, facebook la, blog la.. huhuhu Tapi pelik betul,(pelik ke) kalau menghadap facebook tu, boley je berjam jam tengok tak wat apa apa.. tapi kalau buka note tu, baru bangun tido pun boley nak tido lagi.... SHUHAIDA cepat cepat sedar sebelum terlambat...
ok, nak study cam budak comel nie..

Friday, April 16, 2010

RODA KEHIDUPAN



"Bersyukur dan berpuashatilah dengan apa yang anda ada sekarang.Jangan sesekali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara - perkara yang tidak anda miliki sekarang"

Agak - agaknya la boley ke kita guna quote nie/? hurm, memang kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.. tapi kita perlu juga berfikir tentang masa depan kita. Berangan sikit, tapi jangan la jadi angan - angan mat jenin.. Angan je, tindakan tak de pun.. tak guna juga(ditujukan untuk diri sendiri) Jangan la kita berangan je nak buat tu, nak buat nie, last last semua tu kemana - mana je.. Setiap yang kita fikir perlu ada perancangan juga.. pandai pandaila kan nak rancang macam mana pun.. tapi janji kita buat apa yang dirancangkan tu..

Ingat ye, penyesalan yang terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.  Jika anda bahagia, maka teruskanlah.  kita akan melalui semua itu sekali je, mungkin tiada lagi peluang kedua.  Memang la kalau nak mulakan perubahan tu sangat - sangat perit, takut kalau kita berubah lain yang jadinya.  Tapi kadang - kadang kita perlu membertanikan diri untuk ambil risiko setelah mengambil kira baik dan buruk perubahan yang akan kita buat tu..

Pepatah Jepun ada mengatakan,
"mengalah itu tidak ubah seperti pohon yang tegak dan kuat, dan tidak melawan itu tidak ubah seperti pohon yang kuat dan kukuh"
Jadi pilihla nak jadi yang mana. Untuk cemerlang banyak halangannya, tapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya..Orang kata hidup nie kadang kita di atas, kadang kita dibawah.. jangan la bila kita di atas, kita nak pandang sebelah mata pun tak nak dekat yang bawah - bawah.  Semua manusia nie sama je darjatnya, tak kira la miskin, kaya, tua, muda, pandai, kurang pandai... yang membezakan kita hanya iman dan taqwa kita di sisi tuhan.. kalau disisi manusia, seseorang tu dianggap bernilai pada mata masyarakat jika budi pekerti dan tinggi keperibadiannya..