Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 15, 2010

LATEST eVENT

latest event nie tak la latest sangat da pun sebenarnya.. Tapi stil latest la juga, burn kat muka tak hilang lagi dengan sesi latihan n game dari 12hb sampai la 23hb dekat Empangan Batu, gombak.. Main rowing lagi, untuk MASUM.. Sukan antara IPTA.. Tahun nie dekat empangan BAtu plak.. slalu water sport nie dia wat dekat kompleks sukan Air Putrajaya.. tapi sebab budget tak cukup kot, wat dekat gombak je... Sedih la juga wat kat situ, facilities sangat teruk, dia tak upgrade pun.. bayangkan berapa ramai orang dari setiap U kat MAlaysia nie datang, toilet lama je lagi.. Khemah untuk setiap U pun kongsi 3 U.. fuhhh.. memang agak tak selesa la.. tambah2 hujan plak tu.. basah la kawasan khemah tu..

Berbalik kepada topik utam kita.. hehe USm hantar 4 team boat je kali nie.. Women 4-, women 4+, women 8 dan men 8+.. Acara men antar satu boat je sebab takde orang kali nie.. ramai tak dapat join sebab macam2.. yang ada budak2 baru je semua... kesian betul.. time tu la baru nak turun boat sebab budak2 baru nie tak penah lagi merasa naik boat.. sem aritu tak berpeluang pegi training lansung.. unit sukan tak de budget...


Yang menang kali nie boat 4+ je..
pemandangan biasa sesi urut2 budak USM..


posing sambil tengok2 race..
dengan encik MC...
on the way nak pg KL.. sume putih2 lagi.. hehe



tunggu bas lepas training..
Team boat 8+
sesi yoga.. hehe

Friday, May 7, 2010

040510


Taman Rama - rama....

hehe, slasa ritu pegi jejalan lepas abis exam ari isnin... Ari selasa lepas zila abis exam, kul dua gerak.... beli makanan dekat tesco, pastu goreng fries dengan sosej... dan nasi lemak.. air bancuh sendiri.. hurm, sampai je sana masuk dua orang je dengan zila... bitul dengan kawan dia tak nak masuk... takut benda terbang kata dorang.. huhu  jadi sesi fotografi dalam tu memang gambar sorang sorang je la banyak.. nak amik gambar dua orang minta tolong dari uncle y keke kat situ je...


Nak masuk situ bayaran dia RM10.. nampak cam mahal.. tapi berbaloi la... untuk pencinta rama rama.. hehehe
cantik kawasan dalam tu.. rasa macam tak nak keluar je dari situ.. hehehe...
Abis je keluar dari taman rama rama tu, cari port nak mandi dan makan... lapar.... singgah dekat pantai miami... area feringgi jga la.. ari tu ari selasa jadi tak de la ramai sangat orang.. samoai je hampar tikar, buka bekalan, makan... dah tu lepas makan, tunggu redup sikit mandi.. lagi skali, dua orang je mandi... bitul main air sampai kaki je.. kawan dia lagi la tak nak mandi... huhu


Malam tue, lepas solat dekat masjid, jejalan  dekat night market feringgi plak... hehehe. barang sangat cantik, beg n handbeg.. baju baju pun ada yang cantik... tapi memandangkan dah hujung sem, hahhaa fulus dah kurang, faham faham la.. jalan jauh betul, da jalan nak balik baru la rasa... wah jauh nye....

Dah tu, sesudah tue, baru la gerak balik USM penatnye.. hehehe.. tapi sangat sangat enjoy....banyak lagi gambar nak masukkan, tapi banyak sangat nanti.. hehhe

macam macam...

petang nie baru sampai USM... orang laen da ada kt umah, aku kena datang sni balik... huhu
de training untuk MASUM lak.. hitam la pasnie... waaaaaaa, taknak... dapat balik umah kejap je....

pagi tadi sebelum datang sini sempat la pegi umah kakak angkat... kenal masa keje time semester break nak masuk second year.. kejap je pegi... tak sempat nak borak lama2.. sempat la borak pasal kak ikin, kawan juga.. cite la dia tengah berkawan dengan duda anak dua... jodoh dia kot... ok la kan.. dari dia berkawan dengan ramai orang sebelum nie.... pastu kak tie cite juga, adik dia ali, umur 21 tahun, lulusan diploma je bahagian IT camtu la... tapi rezeki dia, dengan bantuan mak angkat dia, dia dapat keje dekat UUM sbgai xsure la tutor ke pensyarah, tapi rasanya pensyarah la.. Gaji 5k lebih untuk bulan nie bulan pertama... masa interview punya la ramai budak lepasan U, tapi rezeki dia...Ali nie kalau ikut dia best student dalam cos dia, dapat sambung blajar dekat amerika, tapi family dia tak bagi sebab parent pun tak sihat sangat. tapi, ok la at last dia dapat keje tu.... best kan.. Rezeki Allah ada di mana2...

sempat juga kak tie berpesan, kalau nak cari pasangan tu, cari la yang boleyh jamin masa depan, biar tak kaya tak pe, tapi kita tau hala tuju hidup dia... kerje stabil, hati budi baik, agama penting.... pesanan dia tu, mengingatkan aku kepada sesuatu perkara.... berfikir dan berfikir...
Kak ti nie dah banyak tau kisah aku nie.. dia kerje biasa2 je.. tukang jahit baju dan langsir... nampak je keje camtu kan.. tapi kerje camtu la banyak income kalau pandai jual kemahiran yang ada... =) Anak dia dah form 2 dah sekarang, husband dia keje kat johor,imigresen, dia de kat a.star.. jauh kan... tapi atas rasa saling percaya, dorang ok je...

Erm.. esok da stat training.. esk sampai 11hb training fitness dkt USM, 12 - 17.. training turun boat dekat Empangan batu, 18- 23 mei nie.. Sukan MASUM... jangan terkejut lepas nie kalau korang tak kenal aku.. waaaa... tak best betul nak pg kenduri kawen farah bila dah hitam nanti.... hahaha

Tuesday, May 4, 2010

here we go.....

hahahaha...
dah abis exam... alhamdulillah.. da habis exam... sangat2 suka walaupn tak tau lagi result macam mana.. sangat2 sangat mengharapkan kejayan dicapai setelah puas bertungkus lumus..

Lepas nie, naik sm depan banyak lagi tanggungjawab lain yang kena pikir plak.. tapi sangat2 tak best la.. ketidakhadiran my lovely friends... Zana, Ain, and d geng... Dorg nie aku kenal masa naek gunung bubu.. Ain sebelum tu lagi.. kelas botani dengan dia... sangat2 menghargai perkenalan singkat yang sangat sangat bermakna nie... lepas nie xde da la kawan yang aku dapat ajak kalau nak naik gunung... huhuhu.. sedey.. sobs.3x..=( korung jangan la lupa aku.. huuhuhu
Maizatul pun, kawan bilik sebelah.. sem depan pun dia dah xde... waaaaa... xde la kawan aku nak ajak g jejalan on the spot.. huhuuhu.. walaupun sem nie tak sempat nak luang masa sangat dengan dia... cian dia... tapi sem lepas la, ktorg slalu la, wat keje gila kadang2, aku g ketuk bilik dia, mai, free x, nak ikut tak, jom g jejalan... hahaha dia slalu on je.. tapi sem nie memang tak sempat lansung nak wat camtu...

Bestnye dapat tau ramai je dah nak abis sem dah sem nie.. jeles2, apsal la kos education 4tahun.. wakakaka.. bley tanya plak.. best la dorg, pasnie da abis.. bila la agaknya dapat jumpe balik korung sume.. harap2 nanti Insyaallah kita akan jumpa kembali... waaaaaa, sedey nie..

Friday, April 30, 2010

penatnya...


hurm... penat la dengan semua benda... penat nak belajar, penat nak layan kerenah orang yang tak faham2 signal orang bagi, penat nak fikir masalah masalah hidup nie.... Solution nya da terus keje boley, tak nak jadi hidung tak mancung pipi tersorong sorong da, tak nak fikir semua bende boley... Boley ke ye???


hurm, apa ea kena buat nak hilangkan semua semua masalah dalam kepala nie.. Kalau la dapat jadi baby balik kan best... eh, bukan, kanak kanak la.. zaman tadika.. kalau baby nak cakap tak pandai lagi... hehehhe


em, tadi keluar lepak lepak makan dengan budak budak rowing... Siti, syida, odie, syam, nabil, fiq... Best juga duduk lepak lepak nie.. heheeh perasan macam dah abis exam dah...


Apsal ea, skrang nie kerap je sakit kpala.. Aduh.. Kacau betul kan.. nak kata banyak study, takde la pun.. banyak melangut je... faham ke melangut tu apa... hehehehe..


tak tau nak membebel apa dah nie sebenarnya.. hahahaahah

sindrom orang tak betul time nak exam.. boley plak kan, skrang nie dok asyik layan movie plak...memang gila la...


Monday, April 26, 2010

TIME REALLY PRECIOUS...

masa yang telah lari meninggalkan aku...
hahahaahahah... tetibe je meroyan nie pehal... Cuba tgk entry nie tjuk pe?.. TIME REALLY PRECIOUS.. kononnya la, tapi tengok la diriku ini, pe nak jadi nie.. boley lagi nak mencoret tah pahape je nie...

Sedey betul la sem nie.. apsal la study tak dapat focus.. nie nak exam rabu n khamis nie, tak habis lagi baca...........Gila, paper BBT304, plant tissue culture, de 20 chapter, banyak lagi tak habis..
PGT316, Chemistry teaching method, pun tak sentuh lagi.. paper education nie la nak bantu pun cik aida oiii... Sila lah sedar diri.. Rumate cakap, dia baca 2chapter pun lambat nak abis, aku nie cane??

bukan taknak study kimia nie, tapi rasa macam BBT nie terlalu banyak, tgh hari tadi YM dengan k.has, exrumate ku... dia bg la tips2 sket, pastu dia challange aku dia bagi soalan, aku jawab dalam masa sejam.. Ya Allah, banyak aku taktau lagi.. tu yang macam gila risau dekat BBT... Even kimia nie A- da dalam tangan 50%... Ya Allah permudahkanlah urusan hambamu ini...



Semalam aku ym dengan sorang ustaz nie.. kawan sekolah rendah aku, dia blajar kat Kolej Universiti Insaniah, U yang memang tawar cos agama la kat kedah.. Dia amik cos Alquran dan tahfiz klu tak salah.. Jadi dah kebetulan tu, teringat plak nak tanya kat dia.. Ada ke doa2 yang dapat aku amalkan supaya aku tak malas dan senang faham.. ye la sem nie ,malas tahap cipan, (ayat zaman sekolah dulu)hahhaha

Terima kasih kepada beliau kerana mengingatkan diri ini untuk baca mathurat... Ustaz yang sempoi.. Dah lama tak terserempak dengan dia ni, last tahun 2000, nama jee dok 1 taman... hahahaha..


Ok, sila tutup blog n sambung study..




Sunday, April 25, 2010

Musuh...

Alkisahnya.. di zaman dulu kala....

satu cerita tentang seorang datuk dan cucunya. Datuk dan cucunya itu berjalan-jalan bersama-sama dengan seekor keldai. Pada mulanya cucunya duduk di atas keldai dan datuknya berjalan kaki. Apabila orang ramai tengok keadaan tersebut, semua orang berkata bahawa cucunya langsung tidak kesian pada datuknya yang berjalan kaki tetapi dia sendiri berada di atas keldai. Apabila mereka mendengar apa orang ramai katakan, maka cucu tersebut menyuruh datuknya pula yang berada di atas keldai dan cucunya pula berjalan kaki. Apabila orang ramai nampak, semua orang mengata pula pada datuknya. Sampai hati seorang datuk membiarkan cucunya berjalan kaki dan dia pula berada di atas keldai. Sekali lagi mereka mendengar apa yang orang kata. Maka kedua-dua datuk dan cucu tersebut membiarkan keldai tersebut berjalan tanpa membawa sebarang muatan. Lagi sekali apabila orang melihat keadaan tersebut, mereka berkata kenapalah dibiarkan keldai tersebut berjalan-jalan tanpa membawa sebarang muatan.

Apakah kesimpulan dari cerita ini? Kesimpulannya ialah apa yang kita lakukan selama ini tidak pernah betul di mata semua orang. Jika kita sentiasa ambil peduli apa yang orang kata maka kita sampai bila pun tidak boleh berjaya. Salah satu musuh kejayaan adalah perasaan TAKUT, "takut apa orang kata". Untuk membina kejayaan di dalam hidup maka kita mesti mempunyai keberanian. Hanya orang yang berani sahaja yang akan menempa kejayaan.

Musuh kejayaan yang seterusnya ialah sikap cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Cukuplah apa yang ada sekarang...buat apa nak susah-susah lagi. Seorang pelajar seharusnya tidak mempunyai sikap tersebut. Cukuplah...lulus dahlah...buat apa nak belajar teruk-teruk. Untuk berjaya di dalam hidup kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapat yang terbaik.

Musuh kejayaan yang ketiga ialah sikap suka bertangguh. Bertangguh untuk melakukan sesuatu akan menyebabkan seseorang itu sentiasa rugi dan akan ketinggalan. Hanya orang yang cepat merebut peluang sahaja yang akan berjaya.

Musuh seterusnya ialah sikap suka menyalahkan orang lain. Apabila kita gagal melakukan sesuatu atau gagal mendapat sesuatu maka kita akan menyalahkan orang lain. Sepatutnya apabila kita gagal kita akan terus berusaha sehingggalah kita mendapat kejayaan yang sepatutnya.

Musuh terakhir yang patut kita atasinya ialah suka membuat perbandingan dengan orang lain. Orang lain berjaya sebab mereka pandai, kita tidak pandai maka kita gagal. Jika ada pelajar yang mempunyai tanggapan begini eloklah dibuang jauh-jauh anggapan buruk tersebut. Orang yang berjaya ialah orang yang membuat perbandingan yang baik dengan orang lain bukan perbandingan yang buruk. Kita patut melihatkan kejayaan orang lain sebagai perbandingan untuk mendapat kejayaan yang lebih baik.