Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, April 25, 2010

Musuh...

Alkisahnya.. di zaman dulu kala....

satu cerita tentang seorang datuk dan cucunya. Datuk dan cucunya itu berjalan-jalan bersama-sama dengan seekor keldai. Pada mulanya cucunya duduk di atas keldai dan datuknya berjalan kaki. Apabila orang ramai tengok keadaan tersebut, semua orang berkata bahawa cucunya langsung tidak kesian pada datuknya yang berjalan kaki tetapi dia sendiri berada di atas keldai. Apabila mereka mendengar apa orang ramai katakan, maka cucu tersebut menyuruh datuknya pula yang berada di atas keldai dan cucunya pula berjalan kaki. Apabila orang ramai nampak, semua orang mengata pula pada datuknya. Sampai hati seorang datuk membiarkan cucunya berjalan kaki dan dia pula berada di atas keldai. Sekali lagi mereka mendengar apa yang orang kata. Maka kedua-dua datuk dan cucu tersebut membiarkan keldai tersebut berjalan tanpa membawa sebarang muatan. Lagi sekali apabila orang melihat keadaan tersebut, mereka berkata kenapalah dibiarkan keldai tersebut berjalan-jalan tanpa membawa sebarang muatan.

Apakah kesimpulan dari cerita ini? Kesimpulannya ialah apa yang kita lakukan selama ini tidak pernah betul di mata semua orang. Jika kita sentiasa ambil peduli apa yang orang kata maka kita sampai bila pun tidak boleh berjaya. Salah satu musuh kejayaan adalah perasaan TAKUT, "takut apa orang kata". Untuk membina kejayaan di dalam hidup maka kita mesti mempunyai keberanian. Hanya orang yang berani sahaja yang akan menempa kejayaan.

Musuh kejayaan yang seterusnya ialah sikap cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Cukuplah apa yang ada sekarang...buat apa nak susah-susah lagi. Seorang pelajar seharusnya tidak mempunyai sikap tersebut. Cukuplah...lulus dahlah...buat apa nak belajar teruk-teruk. Untuk berjaya di dalam hidup kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapat yang terbaik.

Musuh kejayaan yang ketiga ialah sikap suka bertangguh. Bertangguh untuk melakukan sesuatu akan menyebabkan seseorang itu sentiasa rugi dan akan ketinggalan. Hanya orang yang cepat merebut peluang sahaja yang akan berjaya.

Musuh seterusnya ialah sikap suka menyalahkan orang lain. Apabila kita gagal melakukan sesuatu atau gagal mendapat sesuatu maka kita akan menyalahkan orang lain. Sepatutnya apabila kita gagal kita akan terus berusaha sehingggalah kita mendapat kejayaan yang sepatutnya.

Musuh terakhir yang patut kita atasinya ialah suka membuat perbandingan dengan orang lain. Orang lain berjaya sebab mereka pandai, kita tidak pandai maka kita gagal. Jika ada pelajar yang mempunyai tanggapan begini eloklah dibuang jauh-jauh anggapan buruk tersebut. Orang yang berjaya ialah orang yang membuat perbandingan yang baik dengan orang lain bukan perbandingan yang buruk. Kita patut melihatkan kejayaan orang lain sebagai perbandingan untuk mendapat kejayaan yang lebih baik.

1 comment:

Anonymous said...

ermm...ntok bejaya kita mst hindari musuh2 ni...tp selalunya musuh2 ni la yg hmpir jd bez fren kte...terutama yg suka menyalahkan org lain..suka2 je tuding jari kat org lain...
*yeay..da ley comment..hehee*