Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, April 16, 2010

RODA KEHIDUPAN



"Bersyukur dan berpuashatilah dengan apa yang anda ada sekarang.Jangan sesekali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara - perkara yang tidak anda miliki sekarang"

Agak - agaknya la boley ke kita guna quote nie/? hurm, memang kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.. tapi kita perlu juga berfikir tentang masa depan kita. Berangan sikit, tapi jangan la jadi angan - angan mat jenin.. Angan je, tindakan tak de pun.. tak guna juga(ditujukan untuk diri sendiri) Jangan la kita berangan je nak buat tu, nak buat nie, last last semua tu kemana - mana je.. Setiap yang kita fikir perlu ada perancangan juga.. pandai pandaila kan nak rancang macam mana pun.. tapi janji kita buat apa yang dirancangkan tu..

Ingat ye, penyesalan yang terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.  Jika anda bahagia, maka teruskanlah.  kita akan melalui semua itu sekali je, mungkin tiada lagi peluang kedua.  Memang la kalau nak mulakan perubahan tu sangat - sangat perit, takut kalau kita berubah lain yang jadinya.  Tapi kadang - kadang kita perlu membertanikan diri untuk ambil risiko setelah mengambil kira baik dan buruk perubahan yang akan kita buat tu..

Pepatah Jepun ada mengatakan,
"mengalah itu tidak ubah seperti pohon yang tegak dan kuat, dan tidak melawan itu tidak ubah seperti pohon yang kuat dan kukuh"
Jadi pilihla nak jadi yang mana. Untuk cemerlang banyak halangannya, tapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya..Orang kata hidup nie kadang kita di atas, kadang kita dibawah.. jangan la bila kita di atas, kita nak pandang sebelah mata pun tak nak dekat yang bawah - bawah.  Semua manusia nie sama je darjatnya, tak kira la miskin, kaya, tua, muda, pandai, kurang pandai... yang membezakan kita hanya iman dan taqwa kita di sisi tuhan.. kalau disisi manusia, seseorang tu dianggap bernilai pada mata masyarakat jika budi pekerti dan tinggi keperibadiannya..


No comments: